You are beautiful
Open Cbox
Clock Widgets
perempuan dan cinta , laki dan kerjaya
Thursday, 29 December 2011 @ 22:14 | 0 Comment [s]



Antara lelaki dan perempuan, banyak perbezaannya. Namun, sekiranya perbezaan itu dapat diatasi dengan sikap bertolak ansur dan saling memahami, hubungan tersebut pasti akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Kaum perempuan sentiasa mementingkan hati dan perasaan, malah kaum perempuan ini cukup sensitif apabila bercakap soal cinta. Tetapi sebaliknya bagi kaum lelaki. Kaum lelaki memang memerlukan cinta namun mereka lebih mengutamakan soal kerjaya kerana masa depan mereka bergantung kepada tahap kerjaya mereka.
Perempuan sentiasa memerlukan kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya daripada lelaki namun keadaan ini kadang-kala menyebabkan lelaki pening dan rimas. Hal ini kerana lelaki tidak mampu menyelami hati dan perasaan perempuan. Bagi lelaki, soal kerjaya lebih penting daripada segala-galanya. Namun, terdapat sesetengah lelaki yang tidak mementingkan soal kerjaya. Tetapi lazimnya, kaum lelaki lebih cenderung memikirkan soal kerjaya. Bagi kaum perempuan pula, mereka lebih selesa dengan pasangan yang dapat memahami jiwa mereka. Perempuan sentiasa inginkan lelaki yang dapat menghargai kehadirannya dalam hidup lelaki.
Mungkin kerana ini, pasangan kekasih sentiasa bertengkar apabila teman lelaki tidak dapat meluangkan masa untuk menemani si teman wanita kerana sibuk bekerja. Yang si teman wanita ini pula sentiasa mahu perhatian daripada teman lelaki namun teman lelakinya jarang memberikan perhatian dan kasih sayang yang diingini. Keadaan ini telah menyebabkan pasangan kekasih tersebut bertengkar dan sekiranya masalah itu tidak diselesaikan dengan cepat, besar kemungkinan hubungan tersebut bakal berdepan dengan masalah yang lebih besar iaitu – BERPISAH!
Si lelaki sentiasa mahu mencari teman wanita yang dapat memahami kerjayanya dan dapat menemaninya sewaktu dia sibuk bekerja. Pada permulaanya, mungkin si perempuan dapat bersabar dan memahami keadaan si lelaki namun sekiranya si lelaki kerap mengabaikannya, mungkin si perempuan akan mula berubah sikap dan hal ini akan memudaratkan hubungan. Bagi lelaki, sekiranya kerjaya berjalan dengan lancar, maka hubungan cintanya juga akan turut berjalan dengan lancar. Namun, bagi perempuan, sekiranya cintanya berjalan dengan lancar maka kerjayanya juga akan turut berjalan dengan lancar dan baik.
Jadi, di sini, perempuan tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap sesuatu kerja yang dilakukan sekiranya dia bergaduh dengan teman lelakinya. Namun, sekiranya hubungannya dengan teman lelakinya berada dalam keadaan yang baik maka, segala kerja yang dilakukannya akan berjalan dengan lancar. Bagi lelaki pula, sekiranya kerjayanya tidak berada dalam keadaan baik, dia akan mula menunjukkan perubahan emosi dalam hubungan cintanya. Namun sekiranya kerjayanya berjalan dengan lancar maka dia akan dapat menjaga hubungannya dengan baik. Kesimpulannya, lelaki lebih mementingkan kerjaya manakala perempuan mementingkan hati dan perasaan. Namun, saya tidak bermaksud bahawa lelaki tidak mempunyai hati dan perasaan cuma kaum lelaki ini lebih ego dan matang sewaktu berhadapan dengan masalah cinta. Apabila bergaduh, sudah tentu si perempuan yang akan menangis dan bukannya si lelaki, bukan?
Lelaki tidak suka melihat perempuan memaksa dan mengganggu kerjanya kerana itu menunjukkan bahawa perempuan itu tidak dapat memahami dirinya dengan baik. Si perempuan pula akan menganggap bahawa lelaki tidak pernah cuba untuk memahami dirinya yang sentiasa mahukan kasih sayang dan perhatian. Jadi saya ingin nasihatkan supaya kaum lelaki bijak membahagikan masa antara kerjaya dan cinta. Tidak salah sekiranya si lelaki menghantar SMS kepada teman wanita dan bertanya khabar. Sedikit sebanyak hal ini menunjukkan bahawa si lelaki merupakan seorang yang ‘caring’. Manakala bagi perempuan pula, janganlah hendak berada di sisi lelaki 24/7 sehingga lelaki menjadi rimas dan muak dengan perangai perempuan. Sekali-sekala, tidak salah sekiranya si perempuan memberi sokongan terhadap perkara yang dilakukan lelaki. Sekurang-kurangnya lelaki akan bersikap senang hati dan lebih menghargai diri perempuan. (:
P/s:Sila tinggalkan jejak anda di sini supaya memudahkan saya untuk mengikuti perkembangan blog anda. Terima kasih atas sokongan anda. :)


Older Post | Newer Post
Profile


Hello There. Welcome to my blog. Be nice here and leave your comment on my Cbox..

Entry Profile Stuff Links



Tagboard
videokeman mp3
Perfect Two – Auburn Song Lyrics
Open Cbox

Round of applause
Copyrigt : Nur | Izzati
#thanks for Umie
#background from blogskins.com